I am not the kind of person who watches drama because having to keep up with the series and watching them over and over again, it's quite taxing. BUT that does not mean I don't watch any drama at all, I do.
And for someone who has short attention span, basically it's hard to keep my attention going. If the drama is too boring for me or doesn't catch my attention at all, I'll switch off the TV won't catch it again the next time. There are also some dramas that I've watched but they don't really bring so much impact to me in the sense that I will remember it, example would be Lara Manja, Adam & Hawa. While some people go gaga-ing over Adam & Hawa, to me that drama is just average.
So for someone like me to remember a drama, it is of course worth watching. So just some drama that I've watched and I truly love it.
Samson & Delaila
Synopsis:-
Drama Samson dan Delaila lakonan Fasha Sandha dan Ady Putra. Cerita ni mengisahkan perjalanan hidup penuh cabaran dan liku yang perlu ditempuhi oleh gadis yang memberontak bernama Delaila lakonan Fasha Sandha.
Kisah dalam drama ni panjang, jadi permulaan kisah ialah apabila Noreen ibu Delaila berkahwin dengan tuan Kamal, tapi tuan Kamal ni kaki perempuan dan tak cintakan Noreen, Noreen pulak jatuh cinta dengan Jamil saudara angkat Kamal. Delaila ni hidup dalam rumahtangga yang penuh penderaan dan dari kecil lagi dia dah tengok mak dia kena belasah dengan bapa dia.
Delaila dibesarkan oleh Zaleha, perempuan simpanan tuan Kamal yang tinggal bersama dan Zaleha ni pulak ada anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan Kamal iaitu Kamil. Delaila dibesarkan sebagai gadis yang berani dan suka membuli pelajar lain di sekolah dan agak liar, manakala Kamil anak luar nikah bapanya dibesarkan penuh manja dan kasih sayang oleh Zaleha.
Ibunya Noreen telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya hasil rancangan dari Kamal, Delaila mengetahui tentang rahsia bapanya, dan dia menyimpan dendam terhadap Kamal. Apabila Delaila ni dah sampai umur 15 tahun dia terlanjur dengan Amir dan dia melahirkan anak luar nikah di negara seberang, bapa dia hantar dia ke sana sebab nak tutup malu. Apa kesudahan cerita ni…saksikan Samson dan Delaila.
Samson & Delaila OST
Sehangat Asmara
Synopsis:-
Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.
Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar Negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.
Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka, Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan.
Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.
Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula. Bapanya yang merancang untuk memaparkan gambar Misya dan Kay di dalam sebuah majalah dengan harapan Zainal dapat bertemu kembali dengan Kay.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.
Sehangat Asmara OST
Sehangat Asmara Trailer
Dahlia
Synopsis:
Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia (Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.
Dahlia OST & Trailer
Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Synopsis:-
Syaf, Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash, namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya. Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.
Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia. Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul. Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.
Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan, apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
Syaf kembali bekerja. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima. Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya. Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput, Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.
Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash jadi cemburu.
Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash, dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Rania masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.
Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?
Sebenarnya, Saya Isteri Dia OST
For now, that's all folks! Maybe next time if I'm able to find more drama that interest me. I'll update MORE. Hehe!
XOXO,
Princess Azie Anni.
No comments:
Post a Comment